Kad Imbasan
Kad imbasan boleh juga digunakan sebagai bahan bantu belajar kerana ianya bersifat secara langsung. Kad imbasan amat efektif digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Cara menggunakan kad imbasan adalah sangat mudah. Guru boleh menggunakan kad imbasan dengan mengedarkan kepada murid-murid atau guru boleh hanya menunjukkan dari hadapan, dan meminta murid membacakan nombor - nombor yang terdapat pada kad imbasan tersebut. Guru boleh membuat kad imbasan dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk bagi menarik minat murid-murid untuk belajar tentang tajuk yang ingin diajarkan. Berikut merupakan contoh-contoh kad imbasan yang boleh digunakan dalam mengajar nombor perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan.