Persembahan Multimedia
Persembahan multimedia boleh juga digunakan sebagai bahan bantu belajar kepada murid-murid. Sebenarnya, ramai dalam kalangan guru sudah mula sedar bahawa penggunaan perisian "Powerpoint" mampu dapat memberikan pemahaman yang mantap dari segi sesuatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kepada murid-murid. Ini merupakan contoh persembahan multimedia yang kami gunakan untuk mengajar perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan. Kami telah menggunakan teknik bercerita untuk mengajar tentang perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan. Selain itu, dalam persembahan multimedia ini juga terdapat contoh-contoh soalan latihan pendaraban dalam perpuluhan berdasarkan pada tiga tempat perpuluhan.