Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan dengan baik dan jayanya. Saya ingin mngucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Zaitun bt Othman, selaku pensyarah pembimbing saya yang tidak pernah jemu dan putus-putus dalam mengajarkan kepada saya cara-cara untuk menjadi guru yang baik. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terim kasih kepada semua kawan-kawan saya yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kalian akan mendapat balasan yang setimpal dari-Nya.
Sepanjang dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi banyak masalah. Masalah utama yang saya hadapi adalah saya masih lagi tidak tahu cara-cara untuk membuat rancangan pengajaran harian yang baik. Saya berasa sungguh risau dengan keadaan ini kerana, saya masih lagi tidak dapat menguasai sepenuhnya cara-cara untuk membuat rancangan pengajaran harian yang baik. Secara jujurnya, saya akui saya memang kurang ilmu dan tidak langsung berusaha untuk mencari ilmu tersebut. Saya pernah membuat rancangan pengajaran harian sebelum ini, namun baru saya sedar apa yang saya pelajari sebelum ini adalah kurang tepat dan baik. Saya sudah menghantar rancangan pengajaran harian saya yang pertama kepada Datin Zaitun, namun beliau sungguh kecewa dengan penulisan yang saya berikan. Saya berasa sungguh kesal kerana tidak dapat menggembirakan hati beliau. Namun begitu,saya kagum dengan semangat yang ada pada beliau yang mana, beliau tidak berhnti di situ sahaja,sebaliknya beliau menerangkan satu-satu kepada kami untuk setiap perenggan, baris dan lajur dalam rancangan pengajaran harian, apa yang perlu ada dan apa yang tidak perlu ada. Saya amat terkejut kerana cara saya membuat rancangan pengajaran harian sebelum ini amat berlainan. Saya telah mempelajari banyak perkara dalam pengajaran beliau pada hari tersebut. Kesalahan yang paling jelas saya lakukan adalah, dari segi penyusunan isi kandungan dalam rancangan pengajaran harian. Saya sudah tahu sedikit sebanyak cara untuk menyusun isi kandungan pelajaran dalam rancangan pengajaran harian.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam menentukan masa yang diperlukan bagi setiap slot dalam rancangan pengajaran harian yang saya lakukan. Saya amat khuatir jika perancangan saya bagus, namun ketepatan masa tidak dapat saya penuhi. Walhal itu adalah perkara yang paling utama yang perlu saya ambil berat supaya saya tidak akan terambil masa kelas guru lain. Saya telah bertanyakan kepada rakan-rakan saya bagaimana cara untuk memastikan perkara seperti itu tidak berlaku. Ramai dalam kalangan kawan-kawan saya memberi cadangan supaya meletakkan tempoh masa bagi setiap slot-slot yang ada dalam rancangan pengajaran harian. Contohnya, set induksi 5 minit, perkembangan 20 minit dan penutup 5 minit. Cukuplah bagi tempoh masa jika kita hanya diperuntukkan dengan 30 minit waktu pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya idea itu sangat bernas kerana ianya dapat memberikan cue kepada guru-guru bila mereka perlu untuk masuk ke setiap slot-slot yang telah dirancangan supaya mereka tidak akan terambil masa orang lain. Selain itu juga, kawan-kawan saya ada menasihati supaya, kita mengenali kebolehan murid-murid kita yang mana, kita mengetahui berapa lama masa yang mereka perlukan bagi memahami setiap isi pelajaran yang kita ajarkan pada waktu tersebut. Dengan ini, kita pasti akan berjaya dalam memastikan masa yang diperuntukkan adalah mencukupi dan digunakan dengan amat berkesan dan efektif terhadap murid-murid.
Perasaan saya sewaktu menjalankan mikro-teaching secara jujurnya saya berasa sungguh gementar dan takut kerana saya amat jarang sekali melakukan aktivit ini. Seingat saya, kuliah kami hanya pernah menjalani satu kali sahaja proses mikro-teaching bersama-sama dengan pensyarah pembimbing kami yang lepas. Oleh itu, keyakinan masih lagi tidak dapat wujud dalam diri saya. Saya sedar akan kelemahan dan kekuatan saya sewaktu proses mikro pengajaran yang lepas.
Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit tetapi ia telah dijalankan hampir sepuluh minit. Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran, saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Selain itu, saya juga agak lambat mengaitkan set induksi yang dilaksanakan dengan isi atau tajuk pelajaran yang hendak diajar. Ini menjadikan pelaksanaan pengajaran mikro menjadi terlalu lama dan membuatkan para pelajar mungkin tertanya-tanya akan pelajaran yang dipelajari. Dengan demikian, saya perlulah memperbaiki pengajaran supaya lebih tahu tempoh masa yang sesuai untuk mengaitkan isi pelajaran.
Penggunaan carta poket pendaraban dan persembahan multimedia sebagai bahan bantu pengajaran juga agak mengelirukan sehingga menyebabkan pelajar memberikan jawapan atau maklum balas yang kurang tepat. Sebagai tindakan susulan saya haruslah menyediakan bahan bantu mengajar terutamanya carta poket pendaraban yang lebih jelas dan menarik agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan dapat menimbulkan perasaan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut.
Semasa pengajaran saya, ada kalanya saya terlepas pandang kepada beberapa murid yang tergolong dalam golongan lemah di mana mereka pun berminat untuk menjawab soalan tetapi saya tidak melayan mereka kerana asyik melayan murid-murid yang begitu menonjol dalam kelas.
Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh mengganggu kelancaran pelaksanaan set induksi sehingga menjejaskan pengurusan masa yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang bersesuaian dan tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan dan menjadikan pelaksanaan slot-slot dalam rancangan pengajaran harian menjadi lebih teratur. Kelemahan para pelajar dalam mengingati pelajaran lepas yang telah dipelajari juga mengganggu kelancaran set induksi. Oleh yang demikian, saya terpaksa membantu pelajar agar lebih mengingati pelajaran lepas dengan tepat. Sebagai memperbaiki mutu pengajaran, saya hendaklah lebih menilai keberkesanan pencapaian objektif pelajaran yang hendak dicapai. Saya amat memerlukan latihan yang lebih mantap dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.
Selain itu, murid-murid juga agak malu dan pasif dalam memberikan respon atau maklum balas kepada soalan guru. Hal ini mungkin berlaku kerana para pelajar agak terganggu dengan rakaman yang dibuat dan kurang menguasai pelajaran yang lepas atau murid-murid masih lagi tidak faham akan konsep pembelajaran pada hari tersebut. Oleh itu, saya haruslah memperbaiki pengajaran agar memastikan murid-murid lebih aktif dan berani dengan pendekatan yang lebih berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih baik. Selain memanggil nama murid dan memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.
Sebagai kekuatan kepada set induksi yang dijalankan, saya telah menggunakan teknik bercerita yang bertajuk “sang kura-kura”. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari iaitu pendaraban dalam perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan.Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali dengan cerita yang direka untuk merangsang otak mereka berkaitan dengan pembelajaran pada waktu tersebut.
Dalam kaedah set induksi, saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi sebelum pergi ke langkah pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana murid-murid menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya. Maklum balas daripada murid-murid begitu memberangsangkan kerana penglibatan murid secara aktif dan saling bekerjasama dalam pembelajaran. Faktor ini adalah sangat penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.
Penggunaan kad gambar perpuluhan dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu, gambar yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Namun demikian, saya boleh menambahkan lagi daya tarikan dan minat murid sekiranya gambar yang ditunjukkan disertakan dengan audio yang bersesuaian. Ini lebih membantu murid terutamanya yang lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan menampakkan situasi yang lebih nyata.
Selain daripada itu, penggunaan kad gambar perpuluhan juga dapat membantu murid untuk mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari. Dengan penyediaan kad gambar perpuluhan yang berwarna boleh menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka semasa membacakan kad-kad perkataan tersebut. Sebagai meningkatkan lagi mutu pengajaran, saya boleh menggunakan gambar atau nyanyian untuk memberikan lebih keseronokan bagi menggantikan penggunaan kad gambar perpuluhan. Akhir sekali saya akan menjalankan pertandingan kuiz serta membuat rumusan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Saya telah merancang supaya dibuat dalam pertandingan supaya wujud persaingan dalam kalangan murid-murid. Selain itu, saya juga ingin melihat keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersbut. Nampaknya objektif saya tercapai kerana murid-murid dapat menjawab soalan kuiz tersebut dengan cepat dan betul.
Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga dapat memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang dirancang akan dapat dicapai. Kepelbagaian bahan bantu mengajar sememangnya banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Namun begitu, sekiranya saya bijak dan mahir mempelbagaikan bahan bantu pengajaran dengan penggunaan pelbagai media yang lebih canggih terutamanya pengaplikasian teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta tumpuan murid.