Sekapur Sireh .....
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta Inayah-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Datin Zaitun binti Othman, kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini amat bermakna bagi saya kerana,sebelum ini saya tidak tahu akan cara-cara untuk membuat rancangan pengajaran harian yang baik dan lengkap berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Datin Zaitun telah bertungkus lumus dalam mengajarkan kepada kami cara-cara untuk membuat rancangan pengajaran harian yang baik dan lengkap. Saya bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang pelajar yang perlu menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya betul-betul bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang rajin dan penolong. Terima kasih semua, tanpa bantuan kalian, saya pasti tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama dan bantuan serta sokongan daripada kalian amat saya hargai.
Sebagai penutup tirai, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan semua kerana telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing saya yang paling banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan bimbingan daripada pensyarah, saya pasti tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.